Friday 2 December 2011

Fajar Menyinsing

Setelah mendapat dorongan daripada anak-anak, akhirnya aku membuat keputusan untuk mengikut arus semasa dengan mengupayakan sebuah blog, Cerahnya Mentari. Bersusah payah jugalah aku untuk mengadakan blog ini, namun dengan tunjuk ajar anak-anakku, akhirnya dapat aku mulakan blog aku ini.
       Sesuai dengan kelapangan masa sempena cuti akhir tahun, masa yang terluang ini dapatlah aku coretkan sedikit sebanyak pengalaman dan peristiwa yang telah di lalui selama ini.
       Aku juga berkeinginan agar segala pengalaman dan peristiwa yang aku alami dapat ditatap oleh anak-anak, rakan-rakan dan sahabat handai semoga menjadi panduan dan dapat berkongsi pengalaman yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. 
        Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.....

No comments:

Post a Comment