Tuesday 5 February 2013

Guilin, Hari Keempat



14 Jan 2013 Ahad, hari keempat di Guilin

Aku memulakan hari ini dengan bersarapan nasi dan serunding.  Andy tiba di hotel tepat jam 9:30 pagi. Kami ke kilang silk kerajaan. Kami tidak lama disini kerana harganya diluar kemampuan kami. Kami meneruskan perjalanan ke kilang bamboo. Berbagai produk yang dihailkan drp buluh spt stokin, seluar dalam, tuala, berus gigi dsb dijual di sini. Aku membeli 3 helai tuala cny10, berus gigi dan tuala muka isteriku. Sungguh kreatif mereka ini, semua benda boleh menghasilkan duit.



Kemudian kami ke pusat ubatan herba. Kami disambut dengan rendaman kaki ke dalam air panas berherba, kemudian di urut. Aku terlena di kerusi sementara  mendengar penerangan yang disampaikan dalam bahasa Indonesia. Ubatan herba ini juga mahal bagiku.




Dari sini, beberapa ahli rombongan yang ingin shopping berpecah dan menaiki teksi ke pusat bandar. Kami seramai 14 orang lagi meneruskan perjalanan mengikut itenerary ke gua. Kami tidak lama disini kerana suasananya lebih kurang dengan Silver Cave di Yang Shao.

Sempat membeli cenderamata di pintu keluar gua



Kemudian jam 5 petang kami ke Endian Halal Restoren untuk makan malam. Makanan yang disediakan amat enak, tetapi kami tidak mampu menghabiskannya kerana makan tengah hari jam 12.30 membuatkan kami masih lagi kekenyangan.



Hotel penginapan di Guilin
Selepas makan malam, kami pulang ke hotel penginapan. Setelah meletakkan barang-barang, jam 7.45 pm kami berjalan kaki keluar ke night market berhampiran Waterfall Hotel.  Jaraknya lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Sungguh ramai orang pada malam ini memandangkan malam ini adalah hari ini adalah hari minggu.  Sepanjang perjalanan ke night market terdapat penjaja yang menjaja berbagai barangan terutama pakaian kerana hanya tiga minggu lagi mereka akan menyambut Tahun Baru Cina.  Kami sempat membeli beberapa barangan sebagai cenderamata, memandangkan trip kali ini sungguh padat dengan jadual lawatan. Beberapa ahli rombongan merungut kerana hajat untuk shopping tidak kesampaian. Namun aku tidaklah berasa hampa sangat kerana sejak mula lagi aku sudah diberitahu bahawa Guilin bukan merupakan tempat membeli belah yang utama bahkan lebih merupakan tempat  ‘menikmati pemandangan’. Lebih kurang jam 11 malam, kami pulang ke hotel. Malam ini kami perlu mengemaskan beg masing-masing memandangkan kami akan bertolak awal ke airport pada pagi esok.
 



Saturday 2 February 2013

Guilin, Hari Ketiga

13 Januari 2013 (Sabtu) Hari ketiga bermula dengan sarapan berlaukkan serunding di bilik hotel kerana hotel tidak menyediakan masakan halal. Kemudian kami ke Silver Cave yang jaraknya kira kira 20km dari Yang Shao untuk menerokai gua batu kapur.
Cuaca masih lagi amat sejuk iaitu kira-kira 4 darjah celcius dan hujan. Di dalam gua terdapat banyak stalagtite dan stalagmite yang berbagai bentuk, tambah menarik lagi bila di pancarkan dengan spot light berbagai warna.
Hampir 2 jam kami di sini. Selepas menerokai gua kami ke satu sungai berhampiran, lebih kurang 10 ke 15 minit perjalanan dengan bas.
Tiba di sungai yang cetek ini, kami seramai 25 orang itu dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu eramai 8 orang menaiki sebuah rakitmyang menyediakan kerusi untuk kami duduk. Mujurlah rakit ini mempunyai peneduh, jadi kami tidaklah basah kerana hari masih lagi hujan.kami dibawa kesebuah rakit lagi dimana kami dapat menyaksikan seorang perempuan dan dua orang lelaki berbalas balas nyanyian.
Mungkin ada ceritanya, namun kami tidak memahaminya. Selepas itu ketiga tiga rakit kami dibawa menyaksikan demo burung opstry menangkap ikan. Burung ini dilepaskan oleh penjaganya yang memberi isyarat untuk menyelam, kemudian timbul kepada penjaganya dengan ikan didalam mulutnya.
Penjaganya mengeluarkan ikan dari mulut burung. Burung opstry tidak dapat menelan ikan itu kerana tengkuknya telah diikat. Ini adalah salah satu kaedah menangkap ikan di sini. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Yang Shao semula untuk makan tengah hari dan solat jamak. Kami makan tengah hari di hotel dengan makanan di tempah dari restoren halal yang baru di temui pada lewat petang semalam. Aku dan isteri makan mi sup, yang lain2 makan kuew tiaw goreng dan nasi goreng. Yang menariknya, penduduk disini tidak tahu apa itu kuew tiaw. Terpaksalah ketua rombongan kerestoren tersebut dan menunjukkan pada gambar kuew tiaw. Selepas makan dan solat, kemi meneruskan perjalanan pulang semula ke Guilin. Setibanya diGuilin kami dibawa melawat ke kilang Jade.
Menurut pengurus kilang jade ini ibunya berasal dari Melaka, oleh itu beliau akan memberi harga istimewa kepada kami. Aku hanya melihat ahli2 rombongan membeli gelang dan cincin.
Kemudian, kami dibawa ke Islamic Hotel untuk makan malam.
Selepas membersihkan diri aku dan isteri menyertai beberapa orang lagi ahli rombongan ke pasar malam yang terdapat berhampiran hotel Grand 0773. Sempat juga beli cenderamata di sini.
Menjelang jam 10 mlm aku kembali ke hotel.

Guiliin , Hari Kedua

11 Jan 2013 Jumaat Hari kedua kami di Guilin. Hari kami bermula selepas sarapan. Jam 9.30 kami bertolak ke Yang Shao, kira kira 85 km dari Guilin. Hari ini cuaca lebih sejuk kerana hujan. Selepas lebih kurang 15 minit perjalanan, kami singgah di salah satu tarikan Guilin, iaitu Elephant Trunk Hill.
Satu bukit batu kapur yang berbentuk gajah. Kami disana selama 30 minit. Selepas mengambil gambar sebagai kenangan, kami meneruskan perjalanan ke Yang Shao. Kami tiba di Yang Shao sekitar jam 12 tgh. Di sini kami menginap di New West Street Hotel. Agak mewah hotel ni. 4*.
Kami memulakan program di Yang Shao dengan menaiki bot menyusuri sungai Li.
Cuaca masih lagi hujan dan berkabus. Kami dihidangkan dengan teh o yang memanaskan badan.
Namun aku amat hampa kerana cuaca hujan dan berkabus tebal menghadkan penglihatan.
Mengikut catatan mereka yang pernah ke sana dari blog blog yang aku ikuti di internet, pemandangan sepanjang Sungai Li amat indah dengan bukit bukau dan air sungai yang jernih. Selepas program menyusuri sungai kami terus ke hotel untuk solat jamak dan makan malam. Memandangkan kesukaran mencari restoren muslim kerana kesuntukan waktu, ketua rombongan mengambil keputusan memasak nasi dan kami makan berlaukkan serunding yang di bawa dari Malaysia. Selepas makan aku dan isteri ke pasar malam di West Street yang menjadi tumpuan pelancong apabila ke Yang Shao.
Kami tidak membeli apa2 di sini kerana kesuntukan masa dan hari hujan tambahan lagi kami akan mengikuti satu lagi program pada jam 7.00 malam. Aku dan isteri menyertai 8 lagi ahli rombongan yang akan menyaksikan pertunjukan Impression Sanjie Liu.
Tiket untuk mmenyaksikan pertunjukkan selama 70 minit ini adalah berharga cny220 @ rm110 seorang. Pertunjukan ini yang diadakan ditempat terbuka, berpentaskan sungai bermula tepat pada jam 7.40 malam. Kami seramai 10 orang itu di bekalkan baju hujan pakai buang di pintu masuk memandangkan hari hujan. Cuaca amat sejuk sekali, namun penonton yang hadir sungguh ramai. Menurut Andy pertunjukan ini di arahkan oleh pengarah sama yang mengarahkan pembukaan sukan olimpik Beijing 2008. Setiap malam kira-kira 3000 penonton memenuhi tempat duduk. Cuba bayangkan hasil yang dipungut setiap hari. Memang menarik pertunjukan yang mengisahkan cerita romeo dan juliet versi cina yang berkesudahan dengan happy ending. Kalaulah aku faham bahasa cina tentu lebih menarik lagi. Selepas selesai pertunjukan kami segera ke hotel untuk membersihkan diri, solat dan tidur.

Guilin, Bersengkang mata di LCCT

Trip ke Guilin China 10 Jan hingga 14 Jan Aku dan isteri berlepas dari rumah jam 8.30 mlm, 9. jan 2013 dihantar oleh birasku Mat. Tiba di airport Sultan Ismail 30 minit kemudian.jumpa beberapa ahli rombongan yang tiba awal. Jam 9.30 aku, isteri dan Che Norazizah, rakan isteriku check in dan tidak lama kemudian kami semua ahli rombongan seramai 23 berlepas dgn pesawat air asia tepat jam 10.45 mlm. Penerbangan ke Lcct mengambil masa selama 45 minit. Tiba di Lcct adik iparku Rozi sedia menunggu, kerana aku meminta pertolongannya menukarkan rm ke cny sebab di tempatnya kadar tukarannya lebih murah, iaitu rm1k dapat cny2020. Kami semua lepas itu ke food court kerana flight kami ke guilin adalah pada jam 6.45 pagi. Macam2 ragam dpt kami lihat sepanjang masa menunggu itu. Lebih kurang jam 4.00 am kami disertai 2 orang lagi dari n9 iaitu ibu dan bapa Hilal. kemudian kami masuk awal ke balai berlepas untuk urusan imigrasen dan sebagainya. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Kebanyakan flight pada waktu pagi bermula jam 6.45 am, jadi betapa kelamkabutnya pada pagi itu, sampai nak boarding pun petugas si baju merah itu tak sempat meneliti dokumen perjalanan dan semua yang berlepas berjalan ke kapal terbang hanya mengikut arus.mujurlah kami dapat mengesan pesawat kami dgn segera dan tidak tersilap pesawat. Cuba bayangkan sekiranya org tua yang mengalami situasi sedemikian, tentu memeningkannya. Pesawat kami berlepas jam 7.00 pagi. Aku bersarapan dgn nasi lemak yg telah di tempah lebih awal. Bolehlah utk alas perut pada pagi tu.Agak penuh juga pesawat tersebut walaupun bukan masa cuti atau hujung minggu. Pesawat Ak 1034 tiba dan mendarat di lapangan terbang Guilin jam 10.35 pagi.
Kejutan pertama yang kami terima adalah keadaan cuaca yang sejuk. Walaupun telah di maklumkan terlebih awal dan kami memekai babarapa lapis baju, namun ianya tidak memadai untuk menahan sejuk, maklumlah ini adalah kali pertama aku menghadapi cuaca seperti ini. Kami telah di tunggu oleh Andy, wakil Mangga Travel di Guilin. Selepas semua urusan selesai kami menaiki bas yang sedia menunggu. Kami di bawa ke restoren muslim yang namanya aku tak tahu kerana ditulis dalam tulisan cina.
Kami makan mee. Menarik juga kerana mee yang dihadangkan agak menyelerakan dan selepas makan tiada air minuman yang disediakan. Mungkin mee berkuah yang di makan telah banyak airnya, jadi tak perlu minum lagi selepas itu. Lepas itu kami barsolat di masjid Guilin yang terletak dibelakang restoran.
Kami solat jamak zohor dan asar. Masjid ini mungkin agak lama usianya tapi aku tak dapat mengetahui sejarahnya kerana semuanya ditulis dalam tulisan cina. Cabaran di sini adalah untuk mengambil air sembahyang. Airnya amat sejuk. Aku terketar2.selepas solar kami di bawa andy ke taman yang cukup indah. Di sana terdapat 7 buah jambatan imitation yang terdapat di seluruh dunia. Tasik dan suasana yang bersih amat menyenangkan kami.
kemudian kami dihantar ke hotel penginapan kami iaitu Grand 7773 Hotel Guilin. Selepas membersihkan diri Andy menjemput kami untuk makan malam pada jam 5.30 ptg. Kami makan di Islamic Hotel.
Masakannya amat menyelerakan. chinese Food. Mengikut Andy chefnya adalah org Malaysia. Selepas makan malam, pada jam 7.00 malam kami dibawa ke pertunjukkan Li Dream.
Pertunjukkan akrobatik yang cukup menarik dan mempesonakan.walaupun keletihan, aku gagahkan juga untuk menyaksikan pertunjukan tersebut. Isteriku tertidur, maklumlah kami semua belum dapat rehat sepenuhnya. Menjelang jam 9.00 pertunjukkan tamat. Satu persembahan yang menggunakan teknik laser, kawalan pentas yang cekap, lampu serta sistem bunyi yang mengagumkan. Aku amat berpuashati dengan pertunjukkan ini, walau bagaimanapun aku tidak tahu berapa harga tiketnya kerana sudah termasuk di dalam pakej. Akhirnya kami kembali ke hotel dan selepas membersihkan diri aku solat dan terus saja tidur.