Saturday 2 February 2013

Guilin, Bersengkang mata di LCCT

Trip ke Guilin China 10 Jan hingga 14 Jan Aku dan isteri berlepas dari rumah jam 8.30 mlm, 9. jan 2013 dihantar oleh birasku Mat. Tiba di airport Sultan Ismail 30 minit kemudian.jumpa beberapa ahli rombongan yang tiba awal. Jam 9.30 aku, isteri dan Che Norazizah, rakan isteriku check in dan tidak lama kemudian kami semua ahli rombongan seramai 23 berlepas dgn pesawat air asia tepat jam 10.45 mlm. Penerbangan ke Lcct mengambil masa selama 45 minit. Tiba di Lcct adik iparku Rozi sedia menunggu, kerana aku meminta pertolongannya menukarkan rm ke cny sebab di tempatnya kadar tukarannya lebih murah, iaitu rm1k dapat cny2020. Kami semua lepas itu ke food court kerana flight kami ke guilin adalah pada jam 6.45 pagi. Macam2 ragam dpt kami lihat sepanjang masa menunggu itu. Lebih kurang jam 4.00 am kami disertai 2 orang lagi dari n9 iaitu ibu dan bapa Hilal. kemudian kami masuk awal ke balai berlepas untuk urusan imigrasen dan sebagainya. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Kebanyakan flight pada waktu pagi bermula jam 6.45 am, jadi betapa kelamkabutnya pada pagi itu, sampai nak boarding pun petugas si baju merah itu tak sempat meneliti dokumen perjalanan dan semua yang berlepas berjalan ke kapal terbang hanya mengikut arus.mujurlah kami dapat mengesan pesawat kami dgn segera dan tidak tersilap pesawat. Cuba bayangkan sekiranya org tua yang mengalami situasi sedemikian, tentu memeningkannya. Pesawat kami berlepas jam 7.00 pagi. Aku bersarapan dgn nasi lemak yg telah di tempah lebih awal. Bolehlah utk alas perut pada pagi tu.Agak penuh juga pesawat tersebut walaupun bukan masa cuti atau hujung minggu. Pesawat Ak 1034 tiba dan mendarat di lapangan terbang Guilin jam 10.35 pagi.
Kejutan pertama yang kami terima adalah keadaan cuaca yang sejuk. Walaupun telah di maklumkan terlebih awal dan kami memekai babarapa lapis baju, namun ianya tidak memadai untuk menahan sejuk, maklumlah ini adalah kali pertama aku menghadapi cuaca seperti ini. Kami telah di tunggu oleh Andy, wakil Mangga Travel di Guilin. Selepas semua urusan selesai kami menaiki bas yang sedia menunggu. Kami di bawa ke restoren muslim yang namanya aku tak tahu kerana ditulis dalam tulisan cina.
Kami makan mee. Menarik juga kerana mee yang dihadangkan agak menyelerakan dan selepas makan tiada air minuman yang disediakan. Mungkin mee berkuah yang di makan telah banyak airnya, jadi tak perlu minum lagi selepas itu. Lepas itu kami barsolat di masjid Guilin yang terletak dibelakang restoran.
Kami solat jamak zohor dan asar. Masjid ini mungkin agak lama usianya tapi aku tak dapat mengetahui sejarahnya kerana semuanya ditulis dalam tulisan cina. Cabaran di sini adalah untuk mengambil air sembahyang. Airnya amat sejuk. Aku terketar2.selepas solar kami di bawa andy ke taman yang cukup indah. Di sana terdapat 7 buah jambatan imitation yang terdapat di seluruh dunia. Tasik dan suasana yang bersih amat menyenangkan kami.
kemudian kami dihantar ke hotel penginapan kami iaitu Grand 7773 Hotel Guilin. Selepas membersihkan diri Andy menjemput kami untuk makan malam pada jam 5.30 ptg. Kami makan di Islamic Hotel.
Masakannya amat menyelerakan. chinese Food. Mengikut Andy chefnya adalah org Malaysia. Selepas makan malam, pada jam 7.00 malam kami dibawa ke pertunjukkan Li Dream.
Pertunjukkan akrobatik yang cukup menarik dan mempesonakan.walaupun keletihan, aku gagahkan juga untuk menyaksikan pertunjukan tersebut. Isteriku tertidur, maklumlah kami semua belum dapat rehat sepenuhnya. Menjelang jam 9.00 pertunjukkan tamat. Satu persembahan yang menggunakan teknik laser, kawalan pentas yang cekap, lampu serta sistem bunyi yang mengagumkan. Aku amat berpuashati dengan pertunjukkan ini, walau bagaimanapun aku tidak tahu berapa harga tiketnya kerana sudah termasuk di dalam pakej. Akhirnya kami kembali ke hotel dan selepas membersihkan diri aku solat dan terus saja tidur.

No comments:

Post a Comment