Saturday, 2 February 2013
Guiliin , Hari Kedua
11 Jan 2013 Jumaat
Hari kedua kami di Guilin. Hari kami bermula selepas sarapan. Jam 9.30 kami bertolak ke Yang Shao, kira kira 85 km dari Guilin. Hari ini cuaca lebih sejuk kerana hujan. Selepas lebih kurang 15 minit perjalanan, kami singgah di salah satu tarikan Guilin, iaitu Elephant Trunk Hill.
Satu bukit batu kapur yang berbentuk gajah. Kami disana selama 30 minit. Selepas mengambil gambar sebagai kenangan, kami meneruskan perjalanan ke Yang Shao. Kami tiba di Yang Shao sekitar jam 12 tgh. Di sini kami menginap di New West Street Hotel. Agak mewah hotel ni. 4*.
Kami memulakan program di Yang Shao dengan menaiki bot menyusuri sungai Li.
Cuaca masih lagi hujan dan berkabus. Kami dihidangkan dengan teh o yang memanaskan badan. Namun aku amat hampa kerana cuaca hujan dan berkabus tebal menghadkan penglihatan.
Mengikut catatan mereka yang pernah ke sana dari blog blog yang aku ikuti di internet, pemandangan sepanjang Sungai Li amat indah dengan bukit bukau dan air sungai yang jernih. Selepas program menyusuri sungai kami terus ke hotel untuk solat jamak dan makan malam. Memandangkan kesukaran mencari restoren muslim kerana kesuntukan waktu, ketua rombongan mengambil keputusan memasak nasi dan kami makan berlaukkan serunding yang di bawa dari Malaysia. Selepas makan aku dan isteri ke pasar malam di West Street yang menjadi tumpuan pelancong apabila ke Yang Shao.
Kami tidak membeli apa2 di sini kerana kesuntukan masa dan hari hujan tambahan lagi kami akan mengikuti satu lagi program pada jam 7.00 malam. Aku dan isteri menyertai 8 lagi ahli rombongan yang akan menyaksikan pertunjukan Impression Sanjie Liu.
Tiket untuk mmenyaksikan pertunjukkan selama 70 minit ini adalah berharga cny220 @ rm110 seorang. Pertunjukan ini yang diadakan ditempat terbuka, berpentaskan sungai bermula tepat pada jam 7.40 malam. Kami seramai 10 orang itu di bekalkan baju hujan pakai buang di pintu masuk memandangkan hari hujan. Cuaca amat sejuk sekali, namun penonton yang hadir sungguh ramai. Menurut Andy pertunjukan ini di arahkan oleh pengarah sama yang mengarahkan pembukaan sukan olimpik Beijing 2008. Setiap malam kira-kira 3000 penonton memenuhi tempat duduk. Cuba bayangkan hasil yang dipungut setiap hari. Memang menarik pertunjukan yang mengisahkan cerita romeo dan juliet versi cina yang berkesudahan dengan happy ending. Kalaulah aku faham bahasa cina tentu lebih menarik lagi. Selepas selesai pertunjukan kami segera ke hotel untuk membersihkan diri, solat dan tidur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment