Saturday 2 February 2013

Guilin, Hari Ketiga

13 Januari 2013 (Sabtu) Hari ketiga bermula dengan sarapan berlaukkan serunding di bilik hotel kerana hotel tidak menyediakan masakan halal. Kemudian kami ke Silver Cave yang jaraknya kira kira 20km dari Yang Shao untuk menerokai gua batu kapur.
Cuaca masih lagi amat sejuk iaitu kira-kira 4 darjah celcius dan hujan. Di dalam gua terdapat banyak stalagtite dan stalagmite yang berbagai bentuk, tambah menarik lagi bila di pancarkan dengan spot light berbagai warna.
Hampir 2 jam kami di sini. Selepas menerokai gua kami ke satu sungai berhampiran, lebih kurang 10 ke 15 minit perjalanan dengan bas.
Tiba di sungai yang cetek ini, kami seramai 25 orang itu dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu eramai 8 orang menaiki sebuah rakitmyang menyediakan kerusi untuk kami duduk. Mujurlah rakit ini mempunyai peneduh, jadi kami tidaklah basah kerana hari masih lagi hujan.kami dibawa kesebuah rakit lagi dimana kami dapat menyaksikan seorang perempuan dan dua orang lelaki berbalas balas nyanyian.
Mungkin ada ceritanya, namun kami tidak memahaminya. Selepas itu ketiga tiga rakit kami dibawa menyaksikan demo burung opstry menangkap ikan. Burung ini dilepaskan oleh penjaganya yang memberi isyarat untuk menyelam, kemudian timbul kepada penjaganya dengan ikan didalam mulutnya.
Penjaganya mengeluarkan ikan dari mulut burung. Burung opstry tidak dapat menelan ikan itu kerana tengkuknya telah diikat. Ini adalah salah satu kaedah menangkap ikan di sini. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Yang Shao semula untuk makan tengah hari dan solat jamak. Kami makan tengah hari di hotel dengan makanan di tempah dari restoren halal yang baru di temui pada lewat petang semalam. Aku dan isteri makan mi sup, yang lain2 makan kuew tiaw goreng dan nasi goreng. Yang menariknya, penduduk disini tidak tahu apa itu kuew tiaw. Terpaksalah ketua rombongan kerestoren tersebut dan menunjukkan pada gambar kuew tiaw. Selepas makan dan solat, kemi meneruskan perjalanan pulang semula ke Guilin. Setibanya diGuilin kami dibawa melawat ke kilang Jade.
Menurut pengurus kilang jade ini ibunya berasal dari Melaka, oleh itu beliau akan memberi harga istimewa kepada kami. Aku hanya melihat ahli2 rombongan membeli gelang dan cincin.
Kemudian, kami dibawa ke Islamic Hotel untuk makan malam.
Selepas membersihkan diri aku dan isteri menyertai beberapa orang lagi ahli rombongan ke pasar malam yang terdapat berhampiran hotel Grand 0773. Sempat juga beli cenderamata di sini.
Menjelang jam 10 mlm aku kembali ke hotel.

No comments:

Post a Comment