14 Jan 2013 Ahad, hari keempat di Guilin

Kemudian kami ke pusat ubatan herba. Kami disambut dengan rendaman kaki ke dalam air panas berherba, kemudian di urut. Aku terlena di kerusi sementara mendengar penerangan yang disampaikan dalam bahasa Indonesia. Ubatan herba ini juga mahal bagiku.
Dari sini, beberapa ahli rombongan yang ingin shopping berpecah dan menaiki teksi ke pusat bandar. Kami seramai 14 orang lagi meneruskan perjalanan mengikut itenerary ke gua. Kami tidak lama disini kerana suasananya lebih kurang dengan Silver Cave di Yang Shao.
![]() |
Sempat membeli cenderamata di pintu keluar gua |
Kemudian jam 5 petang kami ke Endian Halal Restoren untuk
makan malam. Makanan yang disediakan amat enak, tetapi kami tidak mampu
menghabiskannya kerana makan tengah hari jam 12.30 membuatkan kami masih lagi
kekenyangan.
![]() |
Hotel penginapan di Guilin |
Selepas makan malam, kami pulang ke hotel penginapan.
Setelah meletakkan barang-barang, jam 7.45 pm kami berjalan kaki keluar ke
night market berhampiran Waterfall Hotel.
Jaraknya lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Sungguh ramai orang pada
malam ini memandangkan malam ini adalah hari ini adalah hari minggu. Sepanjang perjalanan ke night market terdapat
penjaja yang menjaja berbagai barangan terutama pakaian kerana hanya tiga
minggu lagi mereka akan menyambut Tahun Baru Cina. Kami sempat membeli beberapa barangan sebagai
cenderamata, memandangkan trip kali ini sungguh padat dengan jadual lawatan.
Beberapa ahli rombongan merungut kerana hajat untuk shopping tidak kesampaian.
Namun aku tidaklah berasa hampa sangat kerana sejak mula lagi aku sudah
diberitahu bahawa Guilin bukan merupakan tempat membeli belah yang utama bahkan
lebih merupakan tempat ‘menikmati pemandangan’. Lebih kurang jam 11 malam, kami pulang ke hotel. Malam ini kami perlu mengemaskan beg masing-masing memandangkan kami akan bertolak awal ke airport pada pagi esok.
No comments:
Post a Comment